SESI SANTAI ILMU SIRI 06/2024: PENGENALAN UNIT MAKMAL SAINS
OBJECTIVE
PERLIS, 13 September 2024 - Program Sesi Santai Ilmu Siri 06/2024 yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis, telah berjaya diadakan pada pagi tadi di Bilik Latihan, Bangunan Pentadbiran UiTM Cawangan Perlis. Program yang bertujuan untuk memperkasa pengetahuan berkaitan pengurusan makmal ini menampilkan En. Muhammad Hanis Ghazali, Pegawai Sains UiTM Cawangan Perlis sebagai pembentang utama. Sesi yang berlangsung dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 pagi itu disertai oleh 19 orang peserta. Dalam pembentangannya, En. Muhammad Hanis membincangkan secara mendalam mengenai pengurusan Unit Makmal Sains serta perihal risiko yang terlibat dalam mengendalikan bahan-bahan dan peralatan makmal. Beliau juga berkongsi tips penting berkaitan pertolongan cemas yang perlu diketahui oleh setiap petugas makmal bagi menghadapi sebarang kecemasan. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami dengan lebih baik amalan terbaik dalam pengurusan makmal serta kepentingan keselamatan ketika mengendalikan bahan kimia dan peralatan. Pihak penganjur berharap sesi seperti ini dapat meningkatkan kesedaran serta pengetahuan dalam aspek keselamatan dan pengurusan makmal di kalangan staf UiTM. Program ini berakhir dengan sesi soal jawab yang interaktif, di mana para peserta berpeluang bertanya dan berbincang mengenai cabaran dan permasalahan yang dihadapi dalam pengurusan makmal.