SESI SANTAI ILMU SIRI 08/2024: PDJH - APA YANG ANDA PERLU TAHU
OBJECTIVE
27 September 2024, UiTM Cawangan Perlis – Program Sesi Santai Ilmu Siri 08/2024 bertajuk "PDJH: Apa yang Anda Perlu Tahu" telah diadakan pada 27 September 2024 (Jumaat), dari 9:00 pagi hingga 10:00 pagi di Makmal Komputer, Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan.
Bertindak sebagai pembentang, Pn. Nur Hayati Abdul Satar, Pustakawan Kanan, telah memberikan pembentangan yang menarik mengenai beberapa aspek penting berkaitan Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan. Antara topik yang dibentangkan termasuklah pengenalan kepada sejarah perpustakaan, penerangan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan, serta sesi kuiz interaktif bagi menguji pengetahuan peserta.
Seramai 15 orang peserta hadir dalam program ini, menunjukkan minat yang tinggi terhadap maklumat yang disampaikan. Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang sumber dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan kepada pengguna.
Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab, di mana peserta berpeluang untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Pn. Nur Hayati.
Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap program ini dapat memberikan manfaat kepada peserta dalam memahami peranan perpustakaan dalam penyampaian ilmu.