Book Talk with Author: From Management Accounting to Forensic dan Sustainability - Where Are We?
OBJECTIVE
Pada 2 Oktober 2024 (Rabu), program "Book Talk With Author Siri Ke-9" telah berlangsung dengan jayanya dari jam 11 pagi hingga 12 tengahari di Studio PTAR 1, dan disiarkan secara langsung melalui YouTube Live serta Facebook Live. Program ini memberi tumpuan kepada perbincangan buku bertajuk "From Management Accounting to Forensic dan Sustainability - Where Are We?", yang dibincangkan oleh dua panelis berwibawa.
Panelis utama yang terlibat ialah YBhg. Profesor Dr Rozainun Haji Abdul Aziz, Presiden ASEAN Accounting Education Group, dan YBhg. Profesor Dr.rer.nat. Martha Fani Cahyandito, Profesor dari Universitas Padjadjaran, Indonesia. Sesi ini dipandu oleh Cik Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli, seorang pustakawan dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).
Program ini adalah hasil anjuran Penerbit UiTM dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Shah Alam. Sepanjang sesi ini, panelis mengupas pelbagai isu menarik berkenaan kandungan buku serta relevansinya terhadap perkembangan semasa.
Antara pengisian penting program ini termasuk:
- Pengenalan buku: Para panelis memperkenalkan buku ini dengan menyentuh bab-bab utama dan kandungannya secara mendalam.
- Pendedahan tentang perakaunan pengurusan: Panelis turut membincangkan pelaksanaan dan peranan perakaunan pengurusan dalam konteks masyarakat hari ini.
- Perubahan dan kelestarian dalam perakaunan pengurusan: Penekanan juga diberikan kepada peranan teknologi dan aspek kelestarian dalam perubahan semasa bidang ini.
- Sesi soal jawab: Program diakhiri dengan sesi soal jawab, di mana penonton diberi peluang untuk berinteraksi dengan para panelis.
Buku "From Management Accounting to Forensic dan Sustainability - Where Are We?" boleh diakses dalam bentuk e-buku bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Program ini berjaya memberi pendedahan yang bermanfaat dan relevan, khususnya dalam bidang perakaunan pengurusan dari sudut pandang forensik dan kelestarian.