𝐌𝐞𝐦𝐚𝐫𝐭𝐚𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐥𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐰𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐤𝐬𝐢 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐉𝐚𝐰𝐢
OBJECTIVE
Bicara Kepimpinan dan Majlis Penutup Perasmian Karnival Jawi UiTM 2.0
Perkongsian ilmu yang akan dibincangkan oleh dua tokoh hebat iaitu YBhg. Profesor Datuk Dr Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, FASc., Naib Canselor UiTM yang akan membawakan Peranan Institusi Pendidikan Tinggi Terhadap Kelestarian Tulisan Jawi dan menampilkan Y.A.D. Dato' Setia Profesor Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Mufti Negeri Selangor dengan tajuk ilmu beliau, Pembudayaan Tulisan Jawi Dalam Perkembangan Ilmu Dan Budaya Di Malaysia
Naib Canselor UiTM membincangkan Peranan Institusi Pendidikan Tinggi Terhadap Kelestarian Tulisan Jawi dan Mufti Negeri Selangor membawakan perkongsian ilmu bertajuk Pembudayaan Tulisan Jawi Dalam Perkembangan Ilmu dan Budaya di Malaysia. Ternyata, usaha menyemarakkan dan membudayakan tulisan jawi perlu lebih konsisten agar penggunaannya meningkat pada tahap yang lebih baik.
Bertepatan dengan hasrat ini, Perpustakaan Tun Abdul Razak berusaha membangunkan Koleksi Khas Jawi bermula awal tahun 2024 dan telah mempunyai 850 naskhah sumbangan warga UiTM, alumni dan komuniti sehingga pada hari ini. Kami amat berbesar hati, Koleksi Khas Jawi ini dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM dan Mufti Negeri Selangor sejurus tamat Bicara Kepimpinan pagi tadi sekaligus melakar sejarah dalam hala tuju Perpustakaan Tun Abdul Razak.