Program Khidmat Komuniti bersama SMK Kota Kemuning

Standard Post with Image

OBJECTIVE

25 Oktober 2024 | 22 Rabiul Akhir 1446H

77 orang pengawas pusat sumber dan 8 orang guru pengiring SMK Kota Kemuning telah turut serta dalam Program Khidmat Komuniti anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Program ini bertujuan untuk memberikan inspirasi dan nafas baharu untuk para pelajar merasai persekitaran perpustakaan di menara gading. Pelbagai aktiviti telah disediakan seperti pengenalan pengurusan perpustakaan dan kepakaran pustakawan serta taklimat literasi maklumat yang telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Program ini juga memberi ruang untuk para pelajar mendapatkan pendedahan awal berdasarkan perkongsian yang telah disampaikan bagi kemudahan pada masa hadapan. Semoga program ini dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan yang baharu dan dapat menjadikan UiTM sebagai tempat pengajian tinggi mereka kelak.


SDG Goals