PROGRAM PENULISAN CERITA PENDEK
OBJECTIVE
Pada 03 Oktober sehingga 3 Oktober 2024, Perpustakaan Tun Abdul Razak Kampus Dnegkil telah menganjurkan Program Penulisan Cerita Pendek bersempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Malaysia dengan tujuan untuk menggalakkan pelajar mengekspresikan kreativiti melalui penulisan. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan penghayatan terhadap bahasa dan sastera Melayu di kalangan pelajar. Antara objektif utama penganjuran program ini adalah bagi :
• Meningkatkan kemahiran penulisan kreatif dalam kalangan pelajar.
• Memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik penulisan cerpen.
• Menggalakkan minat terhadap sastera dan bahasa kebangsaan.
• Menyediakan platform untuk peserta berkongsi karya dan mendapatkan maklum balas.
Pertandingan ini telah dianjurkan bermula 03 Oktober 2024 sehingga 31 Oktober 2024 dan ia telah dianjurkan secara atas talian. Para peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini telah diberikan pautan untuk menghantar kerya mereka. Tema utama bagi Penulisan Cerita Pendek ini adalah berkisarkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Mellaui penganjuran program ini, pihak penganjurk telah mendapati bahawa kebanyakan peserta memiliki bakat didalam penulisan cerpen. Pertandingan ini juga telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan para pelajar dimana penyertaan yang diterima amat memberangsangkan. Maklum balas daripada peserta menunjukkan mereka berasa terinspirasi dan meningkatkan kemahiran penulisan mereka melalui program ini. Program Penulisan Cerpen ini telah berjaya mencapai matlamatnya dalam meningkatkan kemahiran penulisan pelajar dan mempromosikan bahasa kebangsaan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dan diperluas untuk memberi lebih banyak peluang kepada pelajar dalam bidang penulisan.