PERTANDINGAN VIDEO ULASAN BAHAN BACAAN

Standard Post with Image

OBJECTIVE

03 - 31 Oktober 2024 - Pertandingan Video Ulasan Bahan Bacaan dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Dengkil, untuk menggalakkan pelajar membaca dan memberi ulasan secara kreatif. Program ini bertujuan untuk memupuk minat membaca serta mengasah kemahiran komunikasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar. Antara Objektif utama penganjuran pertandingan ini adalah bagi

  • Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya membaca dalam kehidupan seharian.
  • Menggalakkan pelajar untuk berkongsi pandangan mereka tentang bahan bacaan.
  • Memberi platform kepada pelajar untuk mengekspresikan pendapat melalui medium video.
  • Meningkatkan kemahiran teknikal dan penyampaian peserta.

Pertandingan ini telah dianjurkan bermula 03 Oktober sehingga 31 Oktober 2024 bersempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Malaysia. Pertandingan ini terbuka bagi semua pelajar Pusat Asasi dan acara ini dipertandingkan bagi kategori individu sahaja. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dimana banyak penyertaan yang telah diterima dalam kalangan pelajar daripada pelbagai program yang berbeza. Melalui penganjuran Pertandingan Video Ulasan Bahan Bacaan ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam mempromosikan budaya membaca dan memberi ruang kepada pelajar untuk berinovasi dalam penyampaian. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk meningkatkan lagi minat membaca dalam kalangan pelajar.

SDG Goals