KARNIVAL BULAN BAHASA KEBANGSAAN MALAYSIA
OBJECTIVE
Pengenalan
Bulan Bahasa Kebangsaan diadakan setiap tahun sebagai satu inisiatif untuk mempromosikan bahasa kebangsaan dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Pada tahun 2024, program ini telah diadakan dengan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
Objektif
- Meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia.
- Menggalakkan penghayatan dan pemeliharaan bahasa dan sastera Melayu.
- Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan bahasa sebagai identiti bangsa.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan ini, termasuk:
1. Pertandingan Penulisan Cerita Pendek
Tarikh: 3 hingga 31 Oktober
Keterangan: Pertandingan penulisan puisi, cerpen, dan esei yang terbuka kepada semua peringkat umur. Penyertaan yang diterima adalah sebanyak 50 karya dari seluruh negara.
2. Video Ulasan Bahan bacaan
Tarikh: 3 hingga 31 Oktober
Keterangan: Video ulasan bahan bacaan berkisarkan bahan koleksi Perpustakaan
3. Artikulasi Bahasa
Tarikh: 09 hingga 10 Oktober
Keterangan: Pertandingan melibatkan ejaan perkataan dalam Bahasa Malaysia.
4. Kuiz Trivia Bahasa
Tarikh: 03 hingga 31 Oktober
Keterangan: Kuiz yang menguji minda para pelajar berkisarkan soalan simpulan bahasa, peribahasa, definisi dan sebagainya.
Penyertaan
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Kehadiran peserta bagi setiap aktiviti adalah seperti berikut:
Pertandingan Penulisan Cerita Pendek: 25 peserta
Artikulasi Bahasa : 20 peserta
Video Ulasan Bahan bacaan : 06 peserta
Kuiz Trivia Bahasa : 302 peserta
Penutup
Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 telah mencapai matlamatnya dalam mempromosikan bahasa Melayu dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingannya. Diharapkan usaha ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang bagi memastikan bahasa kebangsaan terus dipelihara dan dimartabatkan.