PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
OBJECTIVE
Pertandingan Deklamasi Sajak ini diadakan sempena Karnival Ilmu anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Dengkil dengan tujuan untuk menggalakkan minat membaca dan menghargai sastera dalam kalangan pelajar. Program ini juga bertujuan untuk memberikan platform kepada pelajar untuk mengekspresikan kreativiti dan bakat mereka dalam seni deklamasi. Antara objektif utama pertandingan ini dijalankan adalah bagi
• Meningkatkan penghayatan terhadap puisi dan sastera.
• Mendorong pelajar untuk berani berucap di hadapan khalayak.
• Menggalakkan interaksi sosial dan kerjasama antara pelajar.
• Mencari bakat-bakat baru dalam bidang deklamasi puisi.
Pertandingan Deklamasi Sajak ini telah dianjurkan mengikut ketetapan berikut :
• Tarikh: 09 Oktober 2024
• Lokasi: Arena PTAR Dengkil
• Masa : 12.30 tengahari
Pertandingan inijuga telah disertai oleh pelajar daripada pelbagai program Pusat Asasi. Terdapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar yang telah menyertai pertandingan Deklamasi Sajak ini. Pertandingan Deklamasi Sajak ini telah dipertandingkan secara individu dan setiap peserta diberikan masa antara 3-7 minit persembahan bagi tiap peserta.
Hasil dripada Pertandingan ini, Pihak PTAR Dengkil telah menerima lebih daripada 15 Penyertaan dan terdapat 2 orang juri yang telah dilantikan bagi mengadili sesi pertandingan ini iaitu Puan Syazrah dan juga Puan Norida yang merupakan pensyarah di Pusat Asasi. Pemilihan pemenang adalah bedasarkan kepada persembahan yang telah disampaikan dan beberapa aspek yang lain. 3 orang pemenang telah dipilih oleh pihak juri
Pemenang:
o Tempat Pertama: Muhamad Hanif Bin Mohd Noh
o Tempat Kedua: Syafiah Binti Shahrul Effendy
o Tempat Ketiga : Muhammad Hafiy Harraz Bin Nazli
Maklum balas daripada peserta jugamenunjukkan bahawa mereka sangat menikmati pengalaman ini dan berasa bangga dapat berkongsi bakat mereka. Melalui penganjuran Pertandingan Deklamasi Sajak ini ia telah mencapai matlamatnya dalam mempromosikan kecintaan terhadap sastera dan memberikan pengalaman berharga kepada peserta. Diharapkan acara seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk lebih banyak penglibatan pelajar.