LAWATAN BRIGED SUKARELAWAN PERPUSTAKAAN KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Standard Post with Image

OBJECTIVE

1. Pengenalan

Lawatan ini diadakan pada 11 Oktober 2024 oleh Kelab Briged Sukarelawan Perpustakaan. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai operasi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor serta untuk menjalin kerjasama dalam aktiviti sukarelawan di masa akan datang.

2. Maklumat Lawatan

Tarikh: 11 Oktober 2024

Masa: 03.00 pm - 05.00 pm

Tempat: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Peserta: 38 Orang, 2 Orang Pengiring

3. Agenda Lawatan

  • Pendaftaran Peserta
  • Ucapan Pembukaan
  • Penyambut tetamu dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
  • Taklimat mengenai Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
  • Lawatan ke bangunan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
  • Penutup dan Ucapan Terima Kasih

4. Aktiviti dan Pengalaman

Peserta telah mendapat pendedahan tentang pelbagai jenis koleksi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan, termasuk program membaca untuk kanak-kanak dan kursus kemahiran.

Sesi soal jawab membolehkan peserta bertanya mengenai peluang untuk terlibat dalam aktiviti sukarelawan serta cara untuk menyumbang kepada komuniti.

Lawatan ke ruang perpustakaan memberi peluang kepada peserta untuk melihat secara dekat bagaimana perpustakaan beroperasi dan cara pengurusan koleksi.

5. Kesimpulan

Lawatan ini sangat bermanfaat bagi anggota Kelab Briged Sukarelawan Perpustakaan. Ia bukan sahaja memperluaskan pengetahuan mengenai fungsi perpustakaan tetapi juga mengeratkan hubungan antara sukarelawan dan pengurusan perpustakaan. Peserta berasa teruja untuk terlibat dalam aktiviti sukarelawan di masa hadapan.

SDG Goals