Sesi Santai Ilmu Siri 09/2024: Pengurusan Gaji & Kewangan Staf

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Perlis, 4 Oktober – Bahagian Pentadbiran dan Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan berjaya menganjurkan Sesi Santai Ilmu Siri 09/2024 yang bertemakan “Pengurusan Gaji & Kewangan Staf” pada hari ini. Program yang berlangsung di Bilik Latihan, Bangunan Pentadbiran ini berlangsung dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 pagi, dihadiri oleh seramai 25 orang peserta.

Sesi ini menampilkan penceramah jemputan, Encik Azahan Abdul Wahid, Penolong Akauntan Tertinggi UiTM Cawangan Perlis, yang berkongsi pelbagai aspek penting berkaitan pengurusan kewangan staf. Antara intipati yang diketengahkan termasuklah proses pembayaran gaji dan tuntutan elaun lebih masa kakitangan, pengenalan kepada sistem kewangan universiti, prosedur permohonan pinjaman UiTM dan bank, serta ganjaran bagi staf kontrak.

Dalam sesi yang interaktif ini, Encik Azahan turut membincangkan isu terkini berkaitan Award Gantian Cuti Rehat (AGCR), yang menarik minat ramai peserta untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sesi ini diharapkan dapat meningkatkan pemahaman staf mengenai aspek kewangan, sekali gus memantapkan pengurusan kewangan peribadi serta memudahkan urusan dengan pihak universiti.

Program ini merupakan salah satu usaha Bahagian Pentadbiran dan Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan untuk memberikan pendedahan serta ilmu yang relevan kepada para staf dalam aspek pengurusan kewangan secara profesional.


SDG Goals