1 STAF 1 BUKU: SEGMEN REFLEKSI OKTOBER 2024 - 11/10/2024

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Kangar, 11 Oktober 2024 – Perpustakaan Dato Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan program "1 Staf 1 Buku: Segmen Refleksi Oktober 2024" yang berlangsung pada hari ini. Program ini diadakan di Bilik IT perpustakaan pada pukul 10.00 pagi dan menampilkan dua orang pembentang utama, iaitu Muhammad Azri Bin Rodzi dan Mohd Mohsim Othman, yang kedua-duanya merupakan Pembantu Pustakawan di perpustakaan tersebut.

Objektif utama program ini adalah untuk membudayakan program ilmiah berteraskan galakan membaca, di samping menonjolkan kepakaran kakitangan melalui perkongsian ilmu dan amalan terbaik. Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran pengucapan awam dan penyampaian maklumat dalam kalangan kakitangan perpustakaan.

Dalam sesi pembentangan ini, dua buah buku dipilih untuk dikupas, iaitu The Racketeer dan Riwayat Hidup Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Kedua-dua pembentang telah membincangkan secara mendalam tentang intipati buku-buku tersebut, di samping mengaitkan isi kandungan dengan perkembangan semasa dan pengajaran yang relevan kepada pembaca.

Program ini juga merupakan usaha berterusan untuk menjadikan Perpustakaan Dato Jaafar Hassan sebagai pusat kecemerlangan dalam melaksanakan program-program ilmiah yang memupuk budaya ilmu di kalangan warga universiti dan masyarakat sekitar.

Dengan kejayaan program ini, ia diharapkan dapat meneruskan agenda perpustakaan dalam membudayakan amalan membaca di kalangan kakitangan dan warga kampus, serta mengukuhkan lagi peranan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran yang aktif dan dinamik.


SDG Goals