Sesi Santai Ilmu Siri 10/2024: Cakna Status: CK/PG/TG/GT/RPGT/ MD/GD & Y1,Y2,Y3

Standard Post with Image

OBJECTIVE

PERLIS, 11 Oktober 2024 - Program Sesi Santai Ilmu Siri 10/2024 yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis telah berjaya diadakan pada pagi ini di Bilik Latihan, Bangunan Pentadbiran, UiTM Cawangan Perlis. Program ini memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan status pelajar dalam Sistem SIMS Academic UiTM.

Sesi yang berlangsung dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 pagi itu terbuka kepada semua dan turut menawarkan jam latihan kepada peserta yang hadir. Seramai 30 peserta, yang terdiri daripada kakitangan akademik dan pentadbiran UiTM, menghadiri sesi ini yang disampaikan oleh Puan Hanisah Hassan, Penolong Pendaftar Kanan dari Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Perlis.

Dalam pembentangannya, Puan Hanisah memberi penerangan mendalam mengenai status-status pelajar yang biasa digunakan dalam sistem seperti CK, PG, TG, GT, RPGT, MD, GD serta Y1, Y2, dan Y3. Beliau juga menerangkan terma-terma penting dan prosedur yang perlu difahami oleh staf dalam menguruskan status pelajar sepanjang semester berlangsung.

Sesi ini turut membincangkan isu-isu yang sering timbul berkaitan status pelajar sewaktu semester berjalan, seperti penangguhan, penggantungan, dan penamatan pengajian. Para peserta turut diberi peluang untuk mengemukakan soalan serta berkongsi pengalaman dalam menguruskan hal ehwal pelajar.

Program ini diharapkan dapat membantu staf UiTM memperkukuh kefahaman mereka mengenai pengurusan status pelajar, sekaligus meningkatkan kecekapan dalam mengendalikan isu-isu berkaitan akademik di peringkat kampus.


SDG Goals