Sesi Santai Ilmu Siri 11/2024: Kebajikan Pelajar di UiTM Perlis
OBJECTIVE
Perlis, 18 Oktober – Bahagian Pentadbiran dan Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan telah mengadakan Sesi Santai Ilmu Siri 11/2024 bertemakan "Kebajikan Pelajar" bertempat di Bilik Latihan, Bangunan Pentadbiran. Program ini berlangsung dari jam 9:00 pagi hingga 10:00 pagi, dengan kehadiran seramai 14 orang staf.
Sesi ini memberi fokus kepada pelbagai bentuk bantuan yang disediakan untuk pelajar UiTM, termasuk bantuan kewangan, zakat, perkhidmatan kesihatan, makanan percuma, program Flysiswa, dan sokongan khusus kepada pelajar kelainan upaya. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih menyeluruh kepada para staf mengenai pelbagai inisiatif kebajikan pelajar yang boleh membantu meningkatkan kesejahteraan dan sokongan kepada pelajar di kampus.
Inisiatif ini diharap dapat memperkukuhkan pemahaman staf dalam menyokong pelajar serta memanfaatkan segala bantuan yang disediakan. Sesi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Bahagian Pentadbiran dan Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan untuk memperkasa kebajikan dan sokongan kepada pelajar