1 STAF 1 BUKU: SEGMEN REFLEKSI OKTOBER 2024 – 25 Oktober 2024

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Arau, 25 Oktober 2024 – Program "1 Staf 1 Buku: Segmen Refleksi Oktober 2024" anjuran Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, telah berlangsung dengan jayanya pada pagi ini. Program yang diadakan di Bilik Seminar, Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan itu bermula pada jam 10.30 pagi dan disertai oleh seramai 15 orang kakitangan.

Tiga kakitangan terlibat sebagai pembentang dalam program kali ini:

Siti Nur Shuhada Hairol Nizam (Pembantu Pustakawan)

Basir Bakar (Pembantu Operasi)

Nur Farahanim Abdull Jamal (Pembantu Pustakawan)

Program ini bertujuan untuk:

Membudayakan program ilmiah berasaskan galakan membaca dalam kalangan kakitangan.

Menonjolkan kepakaran kakitangan melalui perkongsian ilmu dan amalan terbaik.

Meningkatkan kemahiran pengucapan awam dan penyampaian maklumat.

Menjadikan Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan sebagai pusat kecemerlangan pembudayaan ilmu.

Sepanjang sesi, para pembentang berkongsi ulasan dan refleksi mengenai tiga buku menarik:

"Skin Care"

"Seorang Tua Di Kaki Gunung"

"Kuih Muih Utara"

Program ini mendapat sambutan positif daripada para peserta, yang menganggapnya sebagai platform bermanfaat untuk berkongsi pengetahuan sambil mengasah kemahiran komunikasi. Usaha ini juga selaras dengan objektif perpustakaan untuk memperkukuh peranannya sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan penjana budaya membaca dalam kalangan kakitangan.

Dengan penganjuran program-program seumpama ini, Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan terus komited untuk mendukung aspirasi UiTM dalam melahirkan warga kerja yang kompeten dan berpengetahuan tinggi.


SDG Goals