Sesi Santai Ilmu Siri 12/2024: Pengenalan Hal Ehwal Pelajar dan Penguatkuasaan Tatatertib Pelajar
OBJECTIVE
Perlis, 25 Oktober – Bahagian Pentadbiran dan Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan telah menganjurkan Sesi Santai Ilmu Siri 12/2024 bertemakan "Pengenalan Hal Ehwal Pelajar dan Penguatkuasaan Tatatertib Pelajar" bertempat di Bilik Latihan, Bangunan Pentadbiran. Program ini terbuka kepada semua dan dihadiri seramai 29 orang peserta.
Sesi ini disampaikan oleh Encik Ahmad Muaz Mahzair, Penolong Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Perlis. Beliau membentangkan struktur organisasi HEP dan menjelaskan inisiatif-inisiatif yang diambil dalam menguruskan hal ehwal pelajar di kampus.
Antara topik yang dibincangkan adalah isu sahsiah rupa diri serta tatatertib pelajar, yang menarik minat peserta untuk memahami lebih mendalam peraturan dan garis panduan universiti. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan HEP dalam menegakkan disiplin serta membentuk sahsiah pelajar yang baik.
Sesi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Bahagian Pentadbiran dan Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan dalam memberikan pengetahuan dan kefahaman yang lebih mendalam mengenai pengurusan hal ehwal pelajar.