SPEED READING RCDSC110 3A
OBJECTIVE
Perlis, 24 Oktober – Program “Speed Reading” untuk kursus RCDSC110 3A telah diadakan di Makmal Komputer PDJH2, bertujuan meningkatkan kemahiran membaca pantas dalam kalangan pelajar. Program ini berlangsung pada 8:00 hingga 10:00 pagi dengan penyertaan seramai 28 orang pelajar.
Program ini diadakan atas permohonan Madam Fazmawati Zakaria, Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Bahasa, dan dikendalikan oleh En. Khairil Izwan Hasan, Pustakawan dari Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan (PDJH) sebagai penceramah utama. Beliau memberikan tunjuk ajar kepada pelajar tentang teknik-teknik bacaan pantas yang dapat membantu mereka menguruskan pembacaan akademik dengan lebih efisien.
Program ini turut dibantu oleh fasilitator Pn. Masyina Mashor, Pembantu Pustakawan Kanan PDJH, bersama Pn. Nur Farahanim Abdull Jamal dan Pn. Siti Nur Shuhada Hairol Nizam dari PDJH.
Melalui sesi ini, pelajar diharapkan dapat mempraktikkan teknik membaca pantas dalam pembelajaran harian mereka, sekali gus meningkatkan produktiviti dan pemahaman mereka terhadap bahan akademik. Program “Speed Reading” ini diharapkan dapat diteruskan sebagai inisiatif berterusan untuk memperkasa kemahiran akademik pelajar UiTM Cawangan Perlis.