Book Talk with Author: If You Want To Lose Weight, Go To The Moon! dan When The World Smells of Coffee.

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Pada 13 November 2024, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Shah Alam, dengan kerjasama Penerbit UiTM telah berjaya menganjurkan program Book Talk With Author Siri Ke-10. Program ini berlangsung di Studio PTAR 1 dari jam 11 pagi hingga 12 tengah hari dan disiarkan secara langsung melalui YouTube Live dan Facebook Live, membuka peluang kepada penonton dari pelbagai lokasi untuk turut serta.

Program kali ini menampilkan Prof. Madya Dr. Ahmad Lutfi Anis, penulis buku If You Want To Lose Weight, Go To The Moon! dan When The World Smells of Coffee.

Program dimulakan dengan pengenalan kepada dua karya menarik tulisan Dr. Ahmad Lutfi Anis. Penulis memberikan ulasan terperinci mengenai bab-bab yang terkandung dalam kedua-dua buku tersebut, menyentuh pelbagai aspek termasuk tema, mesej, dan isi kandungan yang relevan kepada pembaca.

Seterusnya, sesi perbincangan tertumpu kepada proses kreatif di sebalik penulisan buku tersebut. Dr. Ahmad Lutfi berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi semasa menghasilkan karya ini, termasuk gaya penulisan yang digunakan untuk menarik minat pembaca. Penceritaan beliau disampaikan dengan penuh inspirasi, mencetuskan rasa ingin tahu di kalangan penonton.

SDG Goals