PAMERAN 50 TAHUN UiTM CAWANGAN PERLIS SEMPENA KARNIVAL MINGGU SAINS NEGARA PERINGKAT NEGERI PERLIS
OBJECTIVE
Pihak PDJH telah mengadakan Pameran 50 tahun UiTM pada Karnival Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Perlis. Karnival telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 20 dan 21 Oktober 2024 dan telah dirasmikan oleh YAB Tuan Haji Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Negeri Perlis.
Pameran gambar- gambar lama, peralatan elektronik yang digunakan pada satu ketika dahulu telah dipamerkan di booth pameran PDJH. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik seperti Kuiz sempena 50 tahun UiTM Cawangan Perlis, Teka silangkata bertemakan Sains serta susun suai gambar turun diadakan bagi menarik pengunjung ke booth.
Pihak PDJH mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung karnival yang mengunjung ke booth pameran kami.