Speed Reading bersama Sekolah Kebangsaan Lembah Subang

Standard Post with Image

OBJECTIVE

Pada 23 November 2024, seramai 183 orang pelajar Tahun 3, 4, 5, dan 6 dari SK Lembah Subang telah menyertai aktiviti Bacaan Pantas yang berlangsung di dua lokasi utama, iaitu Makmal Komputer dan Experiential Learning Space (ELS), PTAR 1.

Program ini telah dikendalikan oleh dua penceramah berpengalaman, iaitu Puan Norazlin Mohd Yusof dan Cik Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli, yang memberikan panduan serta latihan praktikal kepada para peserta.

Sepanjang aktiviti ini, peserta diberi pendedahan mengenai asas dan teknik pembacaan pantas, bertujuan untuk meningkatkan kecekapan membaca serta kemampuan memahami maklumat dengan lebih cepat. Mereka juga diajar kaedah untuk mengira kelajuan bacaan, membolehkan pelajar menilai prestasi dan mengenal pasti potensi diri dalam kemahiran membaca.

Program ini bertujuan memupuk budaya membaca dengan lebih efisien, selain melatih pelajar untuk menjadi pembaca yang cekap dalam menghadapi cabaran dunia moden yang penuh dengan pelbagai jenis maklumat.

SDG Goals