SPEAKER CORNER@UiTM TAPAH
OBJECTIVE
Program Speaker Corner adalah bertujuan menyediakan platform kepada pelajar untuk menyampaikan cerita, mengulas buku, dan bernyanyi, dalam suasana yang santai dan interaktif. Program ini menggalakkan kebebasan bersuara dan membolehkan pelajar berkongsi pandangan serta ulasan mengenai buku yang telah dibaca, sambil memperkaya pengalaman pembacaan dan meningkatkan kemahiran kritis mereka. Program ini juga bertujuan untuk mempererat hubungan sosial dan membina kemahiran komunikasi di kalangan pelajar. Program ini juga termasuk dalam program Read@UiTM yang bertujuan untuk memberi galakkan minat kepada membaca dalam kalangan warga UiTM khususnya.