Bengkel Bacaan Pantas anjuran WS Media
OBJECTIVE
Pada 7 Disember 2024, Program Asas Bacaan Pantas anjuran WS Media telah berjaya dilaksanakan di Dewan A, Hotel Olympic Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Sesi yang dijalankan selama 3 jam bermula pada 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari, dengan penyertaan seramai 34 orang peserta dan 6 orang urusetia.
Program ini telah dikendalikan oleh Puan Azura Mohamad Hashim, CHRM, Timbalan Ketua Pustakawan dengan bantuan dua orang fasilitator Cik Ummi Halimatunssaadiya Shamsul Yuzli, Pustakawan dan Cik Norainzatul Husna Binti Mohd Desa, Pembantu Pustakawan.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi asas dan lanjutan bacaan pantas, di mana peserta diberikan latihan asas serta teknik membaca dengan pantas. Program ini dapat meningkatkan keyakinan diri ketika membaca, meningkatkan produktiviti, fokus, dan kecekapan membaca.