R.E.A.D : Bintang Dalam Dakapan
OBJECTIVE
Program dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak Puncak Perdana (PTARPP) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu mengupas mengenai dunia seni dan masa depan selain kebajikan karyawan. Pengarah projek Kenchana Wati Md Yusof berkata R.E.A.D (R-Learn E-Ducation by Activities and Discourses) adalah acara dwitahunan pelajar kursus Pengajian Seni, Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM. Menurutnya, program bertajuk R.E.A.D: Bintang Dalam Dakapan diadakan secara percuma dan peserta berpeluang berinteraksi dengan penganjur dan panel secara langsung pada hari berkenaan. “Pelbagai aktiviti interaktif diadakan di www.youtube.com/c/FitaTV bermula dari 9 pagi hingga 11 malam,” katanya dalam kenyataan.