Bicara Telaah Buku Bersama Penulis@UPM (Siri 1) : Kaedah Pemantapan Semangat Cintakan Negara melalui Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Berteraskan Patriotisme

27 Ogos 2025 - Perpustakaan Sultan Abdul Samad telah menganjurkan program Bicara Telaah Buku Bersama Penulis@UPM (Siri 1) di bawah Program Telaah Universiti Awam yang mula diperkenalkan tahun ini. Program ini menampilkan penulis buku berjudul Kaedah Pemantapan Semangat Cintakan Negara melalui Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Berteraskan Patriotisme, iaitu Dr. Ku Hasnita Ku Samsu, pensyarah kanan di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Program ini bertujuan untuk mengetengahkan hasil penulisan ilmiah warga UPM serta menyediakan platform bagi perkongsian ilmu dan wacana akademik. Perbincangan dalam sesi ini menumpukan kepada pendekatan pendidikan yang berkesan dalam memupuk semangat cintakan negara, terutamanya melalui pengajaran dan pembelajaran subjek yang berteraskan nilai-nilai patriotisme. Inisiatif ini selaras dengan usaha Perpustakaan Sultan Abdul Samad dalam memperkukuh budaya ilmu dan menyokong pembangunan intelektual dalam kalangan warga universiti serta masyarakat umum.