TENTANG KAMI

Pengenalan

Jawatankuasa Program Budaya Ilmu Universiti Awam ditubuhkan bagi menyokong inisiatif kementerian dalam memperkasa budaya membaca dalam kalangan institusi pengajian tinggi. Jawatankuasa ini bertanggungjawab bagi penyelarasan dan pemantauan program pembudayaan ilmu di peringkat Universiti Awam.

Fungsi

  1. Menyemak dan mengkaji semula dasar/ polisi/ prosedur berkaitan dengan pembudayaan ilmu warga universiti awam.
  2. Mencadangkan strategi dan inisiatif untuk penambahbaikan penyampaian pembudayaan ilmu warga universiti awam.
  3. Menyelaraskan keseragaman pelaksanaan aktiviti pembudayaan ilmu universiti awam.
  4. Memantau pelaksanaan aktiviti di peringkat universiti awam.
  5. Mencadangkan pembangunan kompetensi pembudayaan ilmu warga universiti awam.