TELAAH@UPNM: "BEDAH BUKU PERANG DUNIA KEDUA BERSAMA PENULIS ADAM LENIN
Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim dengan kerjasama Kelab Sahabat Perpustakaan (CLiB) dan Unit Latihan dan Kompetensi, Pejabat Pendaftar telah menganjurkan siri Telaah@UPNM bertajuk “Bedah Buku Perang Dunia Kedua Bersama Penulis Adam Lenin” seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 21 Ogos 2025 (Khamis)
🕙 Masa: 10.00 pagi
📍 Platform:
-
Facebook LIVE Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim
-
Microsoft Teams
🎙️ Penceramah:
Adam Lenin
Penulis buku Perang Dunia Kedua & Alumni UPNM
👨🏻💼 Moderator:
Haikal Kamal
Presiden, Kelab Sahabat Perpustakaan (CLiB)
Sesi bedah buku ini mengetengahkan perbincangan mendalam mengenai peristiwa, strategi dan impak global Perang Dunia Kedua, yang ditulis oleh Adam Lenin melalui karya ilmiah beliau. Sebagai alumni UPNM, penulis turut berkongsi pandangan tentang bagaimana kajian sejarah ketenteraan dapat memberi inspirasi kepada warga kampus, khususnya dalam memahami nilai pengorbanan, strategi pertahanan dan kepentingan diplomasi antarabangsa.
Melalui siri Telaah@UPNM ini, peserta bukan sahaja dapat menghayati isi kandungan buku secara lebih kritis, malah berpeluang berinteraksi dengan penulis bagi mendalami perspektif sejarah yang lebih luas dan berlapis.