Alun Puisi 8 Jam: Suara Merdeka dari Jiwa Anak Bangsa
28 Ogos 2025
Program Alun Puisi 8 Jam anjuran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Tengah berjaya mengetengahkan bakat seni berpuisi serta mengangkat puisi sebagai wadah penghayatan sastera, seni, budaya dan jiwa patriotisme.
Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, mahasiswa, penggiat seni, badan bukan kerajaan (NGO), masyarakat setempat, serta warga UMPSA telah tampil memeriahkan Program Alun Puisi 8 Jam dengan persembahan pelbagai genre seperti syair, rejang, qasidah, sajak, lagu puisi, dekon dan lain-lain.
Kepelbagaian latar belakang peserta serta bentuk persembahan yang ditampilkan menyerlahkan kekayaan seni dan budaya tanah air, seiring dengan semangat cintakan bahasa dan tanah air sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-68.
Konsep ‘8 Jam’ membawa simbol infiniti yang menggambarkan kesinambungan seni dan budaya sebagai medium penyatuan komuniti, di samping menyemarakkan semangat kecintaan terhadap warisan tempatan.
Sepanjang program yang bermula seawal jam 9.00 pagi di Perpustakaan UMPSA, Kampus Gambang, seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, mahasiswa, penggiat seni, badan bukan kerajaan (NGO), masyarakat setempat serta warga UMPSA tampil dengan persembahan pelbagai genre seperti syair, rejang, qasidah, sajak, lagu puisi, dekon dan sebagainya.
#AlunPuisi8Jam #Merdeka68 #UMPSA
#BahasaJiwaBangsa #BulanKebangsaan
#MalaysiaMadani