Telaah: Bicara Buku Bersama Penulis
24 Oktober 2025 | Pentas Utama, Dewan Banquet, DeTAR Putra UNIMAS.
Bersempena Festival of Idea@Sarawak(FOI) dan Pesta Buku Borneo 2025, Program Telaah: Bicara Buku Bersama Penulis anjuran PeTARY UNIMAS telah berlangsung dengan jayanya, menampilkan dua panel istimewa iaitu Dr. Amee Joan dan Encik Muhammad Qhidir Mat Isa, kedua-duanya dari Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi.
Dr. Amee Joan berkongsi pandangan menarik mengenai penggunaan bahasa Iban dalam komunikasi masa kini, manakala Encik Muhammad Qhidir Mat Isa pula membicarakan tentang peranan dan kepentingan pemimpin negara utama dalam menangani isu-isu semasa, berdasarkan karyanya yang menghimpunkan koleksi titah Yang di-Pertuan Agong bagi pembukaan penggal Parlimen (1959–2023).
Objektif program ini adalah untuk memupuk minat membaca, menggalakkan apresiasi terhadap karya ilmiah tempatan serta memperkasa budaya ilmu melalui perkongsian penulis sendiri.
Turut hadir dalam majlis ini ialah timbalan-timbalan pengarah serta staf PeTARY, yang bersama-sama memeriahkan sesi ilmu penuh manfaat ini.