Malaysia #QuranHour: Tadabbur Surah Al-Jumu'ah

Program Malaysia #QuranHour telah diadakan bersama warga Perpustakaan Tun Abdul Razak pada 30 Ogos 2024 selama 1 jam di Library Community Engagement PTAR. Program yang dijalankan secara serentak di seluruh negara ini turut disiarkan secara langsung di platform YouTube dan Facebook Perpustakaan UiTM. 

Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Jumu'ah diikuti dengan kupasan mendalam oleh Ustaz Hj. Md Idris bin Abdullah, Penolong Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Islam). Beliau mengupas sifat muttaqin dengan memerdekakan diri berpandukan rukun negara pertama, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan dan pentingnya melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya serta kepentingan menjaga adab dalam kehidupan, sejajar dengan rukun negara kelima, Kesopanan dan Kesusilaan.

Program ini turut disertai Ts. Hj. Azizi bin Jantan, Ketua Pustakawan serta wakil MPP 2023/2024, saudara Rif Daris Rakimi (Bendahari Kehormat) dan saudari Aryana Natasha binti Syahril Nizam (Exco Akademik dan Kerjaya) bersama 90 orang Warga UiTM secara fizikal dan maya.

Semoga segala ilmu yang dikongsikan memberi manfaat dan mendekatkan kita lagi kepada Al-Quran dan menjiwai semangat kemerdekaan.