SPEED READING @UNIT LADANG

Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan telah menganjurkan Program Speed Reading @Unit Ladang UiTM Perlis pada hari Khamis, 29 Ogos 2024 bertempat di Makmal Komputer PDJH2. Sasaran pada bengkel pada kali ini ialah kakitangan Unit Ladang UiTM Perlis. En. Khairil Izwan Hasan, Pustakawan PDJH bertindak selaku penceramah dan dibantu oleh Pn. Nur Farahanim Abdull Jamal, Pn. Siti Nur Shuhada Hairol Nizam, Pembantu Pustakawan, En. Muhammad Hasrul Naim Haslin En. Asneezam Ahmad, Pembantu Pustakawan Kanan PDJH. Program Speed Reading mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran seramai 20 kakitangan Unit Ladang. Sebelum program bermula, peserta didedahkan dengan perkhidmatan perpustakaan iaitu MyKM Portal. 

Objektif program ini adalah : (1) memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik bacaan pantas; (2) meningkatkan keyakinan diri ketika membaca serta memupuk minat membaca; (3) menggalakkan pembacaan di kalangan peserta serta membina kompetensi pembacaan; dan (4) mengesan kelajuan atau kepantasan bacaan peserta mengikut kadar perkataan per minit.