PROGRAM SYOKNYA CUTI SEKOLAH@PLH

Penganjuran program ini adalah usaha berterusan Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) bagi memupuk amalan budaya membaca di kalangan pelajar sekolah bagi menyokong aspirasi pembelajaran sepanjang hayat.

Selain itu, sumbangan khidmat masyarakat perpustakaan kepada komuniti dengan menyediakan program untuk membantu anak-anak staf UTeM mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah pada cuti persekolahan.

Sebanyak 8 aktiviti akan dilaksanakan secara fizikal melibatkan anak-anak staf UTeM yang berumur 7 hingga 17 tahun.