PROGRAM RESENSI BUKU BERSAMA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

PTAR Kampus Puncak Alam telah mengadakan Program Resensi Buku Bersama Pelajar Latihan Industri. Program ini diadakan bagi menyokong Inisiatif Pembudayaan Membaca : 1 Staf 1 Buku Sebulan pada 30 Ogos 2024 di Library Community Engagement (LCE), PTAR Kampus Puncak Alam. Antara objektif program adalah :

i. Meningkatkan kesedaran dan kepentingan membaca di kalangan pelajar latihan industri dan staf perpustakaan.

ii. Memupuk amalan cintai ilmu dan melahirkan generasi yang berpengetahuan, pemikir dan kreatif.

iii. Berkongsi maklumat dan bahan bacaan dengan peserta lain mengenai buku yang dibaca.

iv. Menggerakkan aktiviti galakan membaca bagi melahirkan warga yang berbudaya membaca dan mencintai ilmu.

v. Meningkatkan tahap pembacaan warga UiTM khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Seramai 7 orang pelajar latihan industri dari UiTM Cawangan Sungai Petani Kedah telah terlibat dengan aktiviti ini. Mereka adalah Muhammad Azrul Aizad Bin Abdul Aziz, Nur Alia Syaza binti Mohamad Asrizam, Nur Alya Batrisyia binti Ismail, Dina Batrisyia Mohd Zaidi Puteri Ayu Nadhirah binti Roslan, Adam Iskandar dan Damia binti Badrin.