BENGKEL SPEED READING

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menganjurkan bengkel SPEED READING.Bengkel ini telah disertai oleh 10 orang peserta dalam kalangan pelajar latihan industri perpustakaan peringkat diploma dan ijazah. Turut menyertai dalam bengkel ini adalah barisan Pustakawan yang diketuai oleh Puan Siti Basriyah binti Shaik Baharudin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan.

Bengkel ini  disampaikan oleh Encik Akhimulah Azmi, Pembantu Pustakawan serta dibantu oleh Encik Mohd Azhari bin Maarop, Pembantu Pustakawan Kanan. Sesi ini memberi tumpuan kepada teknik-teknik membaca pantas termasuk kaedah fiksasi mata, menggunakan jari sebagai panduan, dan kad indeks. Sesi ini turut menyediakan latihan membaca serta kuiz.

Rata-rata peserta bengkel yang hadir berpendapat bahawa program ini amat membantu dalam melaksanakan tugas harian, terutamanya dalam aspek membaca, dengan tujuan untuk meningkatkan kelajuan dan kesan keseluruhan dalam membaca.