Program Sembang Ilmu Siri 3 : Pengurusan Harta Pusaka & Harta Orang Islam Mengikut Syarak - Wasiat, Hibah dan Harta Sepencarian

Program Sembang Ilmu ini merupakan sebuah program talk show yang bertujuan untuk berkongsi ilmu berkaitan kewangan Islam kepada perhatian awam agar pengetahuan tentangnya sampai kepada golongan pelajar, pensyarah serta masyarakat seluruhnya. Panel Jemputan, Dr. Jaharudin bin Padli Al-Banjari merupakan seorang pensyarah di Fakulti Perniagaan, Ekonomi Dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu dengan pengkhususan bidang Ekonomi Islam dan Ekonomi Kuantitatif. Topik dipilih untuk siri 3 adalah kesinambungan daripada siri yang pertama dan kedua yang mengupas topik pengurusan harta pusaka melibatkan bab wasiat, hibah dan harta sepencarian yang perlu diuruskan waris selepas kematian seseorang umat Islam.