Syarahan Sasterawan Negara Dato' Rahman Shaari : Anjung Persinggahan dan Permata Puisi

Program Syarahan Sasterawan Negara dianjurkan oleh Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (Wilayah Timur) bersempena Hari Terbuka PSNZ 2024. Program ini merupakan salah satu program pengisian aktiviti Dekad Membaca Kebangsaan Zon Timur 2024 selain bertujuan untuk mengangkat karya penulis serta memberi pendedahan kepada komuniti mengenai karya-karya ilmiah yang jarang dapat dikongsikan secara umum melalui platform berkaitan. Pemilihan Sasterawan Negara ini adalah bagi menyemarakkan program perkongsian ilmu melibatkan intelektual serta menjadi PSNZ sebagai tarikan untuk penganjuran aktiviti-aktiviti berlatar-belakangkan ilmiah sesuai dengan perpustakaan sebagai satu wadah untuk penyebaran ilmu pengetahuan. Dalam syarahan tersebut, Dato' Rahman Shaari mengupas karya puisi yang terkandung dalam dua naskhah buku tulisan beliau iaitu Anjung Persinggahan dan Permata Puisi.