Reruai PTAR @ Institut Kesihatan Negara (NIH)
Pada 24 Oktober 2024 bersamaan 21 Rabiul Akhir 1446H, sempena Hari Terbuka Sektor Sumber Maklumat Penyelidikan 2024, PTAR UiTM Shah Alam telah dijemput oleh Institut Kesihatan Malaysia (NIH) untuk mengadakan pameran yang bertempat di Perpustakaan NIH, Setia Alam, Selangor.
Pameran ini berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang, dengan penyertaan tiga orang staf bersama empat orang pelajar latihan industri yang bertugas sepanjang acara. Pameran tersebut bertujuan mempromosikan pelbagai perkhidmatan PTAR UiTM, termasuk Program "Speed Reading" dan "External Membership" yang menawarkan pelbagai manfaat kepada para pengguna.
Selain itu, pameran ini berfungsi sebagai platform untuk mengukuhkan kerjasama strategik antara PTAR UiTM Shah Alam dan NIH, serta membuka peluang untuk memperkenalkan inovasi dan perkhidmatan perpustakaan yang lebih berkesan kepada pengunjung. Kolaborasi ini diharap mampu memberi impak positif kepada semua agensi yang terlibat.