Literasi Maklumat bersama SMK Kota Kemuning
Seramai 77 orang murid dan 8 orang guru dari SMK Kota Kemuning telah menyertai Taklimat Literasi Maklumat yang berlangsung di Perpustakaan Tun Abdul Razak. Pengisian taklimat ini dirangka untuk memberikan pendedahan yang komprehensif dan mendalam mengenai pentingnya literasi maklumat, sekaligus memperkasakan para pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengakses, menganalisis, dan menggunakan maklumat secara efektif.