PROGRAM TALKSHOW@PLH - “AWAS SCAMMER : HATI-HATI KLIK, JANGAN JADI MANGSA!"
Objektif Program :
- Meningkatkan kesedaran kepada peserta dengan memberikan pendedahan tentang pelbagai bentuk penipuan dalam talian dan taktik terkini yang digunakan oleh penjenayah siber serta langkah-langkah pencegahan yang praktikal bagi melindungi diri daripada tertipu dengan scammer.
- Memupuk budaya keselamatan digital dalam kalangan warga kampus dan masyarakat luar agar menjadi pengguna teknologi yang bijak, lebih berhati-hati.
- Menjalinkan hubungan kerjasama strategik dan perkongsian pintar dengan pelbagai agensi untuk menyediakan maklumat yang relevan di samping meningkatkan hubungan yang erat antara komuniti.
Aktiviti :
- Ceramah oleh Supt. Sundra Rajan A/L Ellumalai, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Kontinjen Melaka.
- Ceramah oleh Encik Mohd Nazri bin Hasan, Ketua Jualan Wilayah, RHB Bank.
- Pameran Kesedaran oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Kontinjen Melaka.
- Pameran Kesedaran dan Khidmat Nasihat oleh RHB Bank – Semakan CTOS dan CRIS secara percuma.