LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI
Seramai 33 orang pelajar yang merupakan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan 8 orang pegawai pengiring dari Kolej Vokasional Seberang Perai, Pulau Pinang telah mengikuti lawatan penanda aras ke Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) di Kampus Induk, UTeM.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang terkini dan kondusif bagi membantu universiti melahirkan pelajar yang cemerlang dan holistik.
Lawatan ini turut disertai oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM.