LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA PUSAT SUMBER, KOLEJ YAYASAN UEM (KYUEM)
Seramai 4 orang staf Pusat Sumber dan 3 orang Majlis Perwakilan Pusat Sumber dari Kolej Yayasan UEM (KYUEM) telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) di Kampus Induk, UTeM.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi idea berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan kepada pengguna.
Lawatan ini turut disertai Puan Thohiroh binti Jaafar, Ketua Pustakawan Pusat Sumber KYUEM.