TALKSHOW@PLH : RAHSIA JIMAT CUKAI : E-FILING BE TAHUN TAKSIRAN 2024
TALKSHOW@PLH : RAHSIA JIMAT CUKAI : E-FILING BE TAHUN TAKSIRAN 2024
- Program ini merupakan kerjasama strategik Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHNM) Melaka dalam aktiviti perkongsian maklumat bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta mengenai e-Filing di samping membantu pembayar cukai mengisi borang cukai pendapatan dengan cekap bagi memperolehi pelepasan cukai yang maksimum.
- Ceramah akan disampaikan oleh Puan Azlina binti Husin, Timbalan Pegawai Perhubungan Awam, LHDNM Melaka. Pihak LHDNM turut membuka Kaunter Perkhidmatan Pelanggan pada program tersebut.
- Program terbuka kepada semua dan ianya adalah percuma.
- Program turut akan dibawa secara langsung menerusi FB PLH pada hari tersebut.