KELAS LITERASI MAKLUMAT SEMESTER II SESI 2024/2025
Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) telah menganjurkan Kelas Literasi Maklumat bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Semester II Sesi 2024/2025 dari 17 Mac hingga 28 Mac 2025. Kelas ini bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengakses dan menggunakan sumber perpustakaan secara optimum.
Peserta diberikan pendedahan mengenai perkhidmatan perpustakaan, asas pencarian katalog, kemudahan dan fasiliti perpustakaan, kategori koleksi bahan rujukan, sumber digital dan elektronik, serta akses pangkalan data dalam dan luar kampus. Sesi dijalankan secara berkala pada waktu pagi dan petang dengan kapasiti maksimum 100 pelajar setiap sesi.
Kelas ini mendapat sambutan baik kerana membantu pelajar memahami penggunaan perpustakaan dengan lebih sistematik. Pihak PTTA disarankan untuk terus mengadakan sesi seumpama ini bagi memastikan pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya sumber maklumat yang disediakan.