ڤڠنلن جاوي

Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari
Gallery Thumb 1

Al Allamah Arif Billah Mujaddid Nisbi Kalimantan Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari (1710 - 1812)

Apabila disebut nama Syeikh Daud Fathani dan Syeikh Abdus Samad al Falembani pasti nama Syeikh Arsyad al Banjari takkan terlepas dari ingatan kita sebab keakraban mereka bertiga amat luar biasa dan sejarah telah membuktikan jasa mereka bertiga dalam dunia Islam amat besar khususnya di Nusantara .

Dilahirkan di Kampung Lok Gabang , Martapura , Banjarmasin . Ibunya bernama Siti Aminah Binti Hussien dan ayahnya pula Abdullah Bin Abu Bakar berasal dari India .

Beliau telah menetap di Istana ketika berusia 7 tahun selepas Sultan Banjar berkenan kepada beliau hasil daripada melihat kepakaran beliau dalam seni lukis . Membesar Syeikh Arsyad di Istana dengan didikan agama dan menjadi seorang insan yang berakhlak mulia , ramah serta hormat menghormati .

Selepas usianya mencapai 30 tahun , beliau telah berangkat ke Mekah untuk melanjutkan pengajiannya dalam ilmu agama . Diantara guru guru beliau ialah :

1. Syeikh Athaillah Bin Ahmad al-Mishry

2. al-Faqih Syeikh Muhammad Bin Sulaiman al-Kurdi

3. Arif Billah Wali Qutb Syeikh Muhammad Bin Abdul Karim al Sammani al-Hasani al-Madani

4. Syeikh Ahmad Bin Abdul Mun'im ad Damanhuri

5. Syeikh Muhammad Murtadha Bin Muhammad az Zabidi

6. Syeikh Hasan Bin Ahmad al Yamani

7. Syeikh Salim Bin Abdullah al Basri

8. Syeikh Shiddiq Bin Umar Khan

9. Syeikh Abdullah Bin Hijazi asy Syarqawy

10. Syeikh Abdurrahman Bin Abdul Aziz al Maghrabi

11. Syeikh Abdurrahman Bin Sulaiman al Ahdal

12. Syeikh Abdurrahman Bin Abdul Mubin al Fathani - Pondok Pauk Boh

13. Syeikh Abdul Gani Bin Muhammad Hilal

14. Syeikh Abis as Sandi

15. Syeikh Abdul Wahab at Thantawy

16. Syeikh Abdullah Mirghani

17. Syeikh Muhammad Bin Ahmad al Jauhari

18. Syeikh Muhammad Zain Bin Faqih Jalaludin Aceh

Beliau pulang ke Banjar setelah 30 tahun menuntut ilmu di Mekah dan 5 tahun di Madinah . Beliau digelar oleh masyarakatnya sebagai "Matahari Agama" .

Karyanya yang agung ialah Sabilal Muhtadin Littafaqquh Fi Amriddin (info). Karomah yang cukup besar ada pada beliau apabila karyanya yang agung ini dihasilkan . Kitab ini telah berumur ratusan tahun, namun sampai sekarang masih dipelajari, bukan saja di daerah Banjar, namun sampai ke pelosok daerah di Indonesia , Malaysia , Fathani , Thailand, Kemboja dan Brunei. Bahkan menjadi khazanah bagi perpustakaan besar di dunia Islam, seperti Mekah, Mesir, Turki dan Beirut. Karya beliau yang lain ialah Tuhfat al-Raghibin fi Bayan Haqiqat Iman al-Mu'minin (info).

Beliau amat akrab dengan beberapa wali Allah yang lain iaitu :

1. Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani

2. Syeikh Abdur Rahman al-Mashri al-Batawi - Datuk kepada Syeikh Utsman Mufti Betawi yang terkenal

3. Syeikh Abdul Wahhab Sadenreng Daeng Bunga Wardiyah Bugis - Menjadi menantu kepada Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari

4. Syeikh Ahmad Razzah Mesir

5. Syeikh Muhammad Nafis Bin Idris al-Banjari - Pengarang kitab ad-Durr an-Nafis

6. Syeikh Mahmud Bin Kinan al-Falimbani

7. Syeikh Muhammad `Asyiquddin Bin Shafiyuddin al-Falimbani

8. Syeikh Muhammad Shalih Bin Umar as-Samarani (Semarang) - Digelar dengan Imam Ghazali Shaghir (Imam Ghazali Kecil)

9. Syeikh Utsman Bin Hasan ad-Dimyati

10. Syeikh Abdur Rahman Bin Abdullah Bin Ahmad at-Tarmasi

11. Syeikh Haji Zainuddin Bin Abdur Rahim Bin Abdul Lathif Bin Muhammad Hasyim Bin Abdul Mannan Bin Ahmad Bin Abdur Rauf al-Fathani

12. Kiyai Musa Surabaya

13. Syeikh Daud Bin Abdullah al Fathani

Berikut merupakan zuriat keturunan beliau yang menjadi alim ulamak dan bertebaran mereka di sekitar bumi Melayu :

1. Sohibus Samahah Kiyai Haji Jamaluddin - Mufti / Anak kandung ( Penulis kitab "Perukunan Jamaluddin ")

2. Kiyai Haji Yusein - Anak kandung ( Penulis kitab "Hidayatul Mutafakkiriin"

3. Al Allimah Hajah Fathimah - Cucu ( Penulis kitab "Perukunan Besar" tetapi namanya tidak ditulis dalam kitab itu )

4. Tuan Guru Haji Abu Sa’ud - Qadhi

5. Tuan Guru Haji Abu Naim - Qadhi

6. Tuan Guru Haji Ahmad - Mufti

7. Tuan Guru Haji Syahabuddin - Mufti

8. Tuan Guru Haji Mohd Thaib - Qadhi

9. Tuan Guru Haji As’ad - Mufti

10. Tuan Guru Haji Jamaluddin II - Mufti

11. Tuan Guru Haji Abdurrahman Sidiq - Mufti Kerajaan Indragiri Sapat Riau / Pengarang kitab Risalah Amal Ma’rifat , Asranus Salah , Syair Qiyamat & Sejarah Arsyadiyah

12. Tuan Guru Haji Thaib Bin Mas’ud Bin Haji Abu Saud - Ulama Kedah ( Pengarang kitab Miftahul Jannah )

13. Tuan Guru Haji Thohah - Qadhi Qudhat ( Pembina Madrasah Sulamul Ulum , Dalam Pagar , Martapura

14. Tuan Guru Haji Mohd Ali Junaedi - Qadhi

15. Tuan Guru Haji Zainal Ilmi

16. Tuan Guru Haji Ahmad Zainal Aqli - Imam Tentara

17. Tuan Guru Haji Mohd Nawawi - Mufti

18. Tuan Guru Tuan Hussin Kedah - 7 wali alam Melayu

Beliau wafat ketika berusia 102 tahun dan dimakamkan di Kalampaian Kecamatan Astambul Kabupaten Banjar . Sungguh jasanya pada ummah amat bernilai dan tidak mampu terbalas 

Sumber: Tengku Yusuff

ڬالري

⬩ GALERI