Image

رسالة التوحيد
Risalah Tauhid

ڤڠارڠ : عمر يوسف
Pengarang : Umar Yusoff

ڤنربيت : الاحمديه فريس سندريان برحد
Penerbit : Ahmadiah Press Sdn Bhd

- : جيليد / ايديسي
Jilid / Edisi : -

لوكاسي : کوليکسي خاص جاوي
Lokasi : Koleksi Khas Jawi

باهن : فيزيكل
Bahan : Fizikal

- : بيدڠ
Bidang : Akidah

موك سورت : 87
Muka Surat : 87

- : ا س ب ن
ISBN : -

تاهون تربيتن : 1952
Tahun Terbitan : 1952

هيتس : 33
Hits : 33


Kitab Risalah At-Tauhid merupakan teks rujukan untuk sistem persekolahan agama Kerajaan Johor. Kitab ini merupakan suntingan kepada terjemahan asal oleh Yang Dipertua Jabatan Agama Johor Dato' Abdullah Abdul Rahman daripada sebuah kitab tauhid dari Mesir. Matlamat asal penyuntingan semula kitab ini oleh kedua-dua penyunting/penyusun ialah untuk menambahbaikkan aspek bahasa Melayu dalam naskhah terjemahan asal yang telah digunakan sebagai silibus pengajaran dan pembelajaran tauhid sejak tahun 1907.

Kitab Risalah al-Tauhid membicarakan kesemua yang berkait dengan rukun iman yang enam.  Walau bagaimana tumpuan utama pembicaraan ialah terhadap Allah dan Rasul. Selepas tumpuan utama dibicarakan tentang ketuhanan dan kerasulan dibicarakan tentang:

  • Percayakan kepada kitab dengan jumlah kitab diturunkan. Keistimewaan Al-Qur`an.
  • Kepercayaan kepada mala`ikat
  • Kepercayaan terhadap hari kiamat
  • Soal Munkar dan Nakir
  • Syurga dan neraka
  • Kepercayaan terhadap qada` dan qadar