PEMBUDAYAAN ILMU MOBILE LIBRARY
OBJECTIVE
Pada 05 Disember 2024,
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA telah mengadakanprogram
Pembudayaan Ilmu Mobile Library dengan beberapa objektif utama
yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi penggunaan dan kefahaman mengenai
perkhidmatan perpustakaan di HASA. Tujuan utama program ini adalah untuk
mendedahkan sumber koleksi yang terdapat di Perpustakaan Perubatan Tun Abdul
Razak (PPTAR) kepada staf dalaman, mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan
perpustakaan, serta menggalakkan lebih ramai pengguna untuk mendaftar sebagai
"External Membership".
Program ini memberi pendedahan
mengenai sumber koleksi yang terdapat di perpustakaan. Para pengunjung
diberikan taklimat mengenai pelbagai jenis bahan bacaan dan sumber digital yang
boleh diakses melalui PPTAR. Ini termasuk jurnal perubatan, buku teks, e-buku,
dan pangkalan data dalam talian yang relevan dengan bidang perubatan dan kesihatan.
Seterusnya, program ini
mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan PPTAR kepada staf dan pelawat HASA.
Staf PPTAR memberi penerangan mengenai pelbagai kemudahan seperti bilik bacaan,
komputer untuk carian bahan, serta perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku.
Penekanan juga diberikan kepada penggunaan PTAR Mobile Apps, yang memudahkan
pengguna untuk mengakses sumber perpustakaan secara digital melalui peranti
mudah alih mereka. Aplikasi ini menyediakan pelbagai fungsi seperti carian
katalog, pinjaman e-buku, dan tempahan buku secara dalam talian.
Selain itu, program ini juga
menggalakkan lebih ramai pengguna untuk mendaftar sebagai "External
Membership". Keahlian ini membolehkan pengguna luar untuk menikmati
kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PPTAR. Perkhidmatan ini amat
berguna bagi mereka yang ingin mendapatkan akses kepada sumber-sumber
perpustakaan yang berkualiti tanpa perlu berada di hospital.
Salah satu perkhidmatan yang
turut dipromosikan dalam program ini adalah "Book Delivery Service".
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna untuk memesan buku yang dikehendaki dan
dihantar terus ke tempat kerja atau rumah mereka. Ini sangat memudahkan
terutama bagi staf yang mempunyai jadual kerja yang sibuk dan tidak mempunyai
masa untuk pergi ke perpustakaan.
Program Pembudayaan Ilmu Mobile
Library ini berjaya mencapai objektifnya dalam mempromosikan
perkhidmatan perpustakaan dan meningkatkan kesedaran mengenai sumber-sumber
yang ada di PPTAR. Dengan kehadiran yang memberangsangkan dan maklum balas
positif daripada para peserta, program ini diharapkan dapat diteruskan dan
diperluaskan pada masa akan datang. Inisiatif seperti ini penting dalam usaha
memperkasa staf hospital dengan pengetahuan dan kemudahan yang diperlukan untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.