
سير السالكين
Siarus Salikin
ڤڠارڠ : الشيخ عبد الصمد الفلمباني
Pengarang : Syeikh Abdul Samad al-Falimbani
ڤنربيت : ڤوستاك ناسيونل
Penerbit : Pustaka Nasional
جيليد / ايديسي : جزء 3-4
Jilid / Edisi : Juzuk 3-4
لوكاسي : کوليکسي خاص جاوي
Lokasi : Koleksi Khas Jawi
باهن : فيزيكل
Bahan : Fizikal
- : بيدڠ
Bidang : Akhlak / Tasawuf
موك سورت : 272
Muka Surat : 272
- : ا س ب ن
ISBN : -
تاهون تربيتن : 1987
Tahun Terbitan : 1987
هيتس : 37
Hits : 37
Judul penuh Kitab ialah Sair Al Salikin ila ‘Ibadati Rabbil ‘Alamin adalah merupakan sebuah karya agung tasawwuf di dalam bahasa Melayu oleh al-Syaikh Abd Al-Shomad al-Jawi al-Falimbani. Sebuah karya yang sangat terkenal di Nusantara. Kitab ini terdiri daripada 4 juzuk sebagaimana juga kitab ihya.
Sebahagian besar isi kandung kitab ini adalah merupakan terjemahan daripada Lubabul Ihya iaitu mukhtasar (ringkasan) kitab Ihya Ulumiddin.
Juzuk pertama yang menyatakan ilmu ushuluddin dan segala perkara berkaitan dengan ibadat yang zahir – ditulis pada 1193H/1779M dan siap pada awal tahun 1194H/1780M di Mekah.
Juzuk kedua yang menyatakan adat yakni pada menyatakan hukum dan adab yang berlaku pada adat seperti makan-minum dan sebagainya - mulai ditulis pada 1194H/1780M dan selesai pada hari Sabtu, 19 Ramadan 1195H/1781di Thaif.
Juzuk ketiga pada menyatakan muhlikat yakni perkara-perkara yang membinasakan sekelian amal - mulai ditulis pada tahun 1195H/1781M dan diselesaikan pada 19 Safar 1197 H/1783 M di Makkah.
Juzuk keempat pada menyatakan munjiyat yakni perkara-perkara yang melepaskan daripada yang membinasakan sekelian amal - Syaikh Abdusshamad tidak menyebut tahun ia mulai menulisnya, tetapi beliau selesai menulisnya pada 20 Ramadan 1203H/1788 di Thaif.