ڤڠنلن جاوي

Rassas Kitab Jawi
Gallery Thumb 1

 

Ini adalah besi cop kitab atau arab Mesir panggil رَصَّص atau طِبَاعَة

cop yang telah siap diukir isi kitab di atas  permukaan besi dan di tampal pada permukaan kayu.

 

Kaedah cetakan ini dipanggil litografi, 

Litografi ialah cara percetakan di mana imej atau ukiran tulisan yang dibuat pada permukaan batu, besi atau kayu dihasilkan semula dengan mengecapinya pada helaian kertas.

Seterusnya ukiran batu,besi dan kayu itu disapu dakwat, hanya bahagian bentuk tulisan yang timbul itu saja yang disapu dakwat.

Selepas itu diletakkan rassas yang telah disapu dakwat diatas hamparan helain kertas besar, Kemudian dihempap besi berat diatas ukiran tersebut sehingga terhasil tulisan diatas hamparan kertas,

Sebab itu kalau kita perasan, kitab-kitab cetakan lama contohnya cetakan halabi, pada setiap helaian terdapat bentuk tulisan yang timbul, ini dalam bahasa arab di panggil  بَرَّز atau بُرُوز

Cetakan kaedah litografi ini berkembang di dalam dunia percetakan samada di Mekah, Istanbul, Mesir, Bombay dan lainnya.

Cetakan litografi ini terus menerus sehingga sampai di Asia, mengikut Syeikh Wan Muhammad Soghir Abdullah, cetakan litografi ini di gunakan oleh 3 tokoh besar iaitu Haji Muhammad Sai'id bin Haji Arsyad, Haji Muhammad Amin bin Abdullah dan Haji Muhammad Idris bin Yahya,

Antara yang paling awal dicetak di Mathba'ah Haji Muhammad Sa'id bin Haji Arsyad Singapura ialah dalam tahun 1333H/1915M.

ڬالري

⬩ GALERI